Thursday, 1 December 2016

Persiapan Newborn Baby

Asalamualaikum..

18 Mei 2016 lepas aku dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Oleh itu, serba sedikit aku dah ada ilmu tentang persiapan untuk sambut kelahiran bayi ni. Memang banyak orang share tentang persiapan masing-masing tetapi persiapan tu more to orang kaya punya persiapan. Sedangkan aku cuma biasa-biasa sahaja. So, untuk tolong orang yang budget kurang sikit ni aku pun terbuka hati untuk tulis entry ni.

InsyAllah budget bawah RM 500.00. Ni pun every month simpan RM 100.00, lepas tu dah cukup duit baru beli barang baby masa 8 bulan mengandung. Senang terus beli sekaligus.

Ni list barangnya :

1. Diaper (Newborn) - Beli sepaket dulu, nanti baru beli lagi.

2. Baju tidur - Beli lah dalam 4-5 helai yang rm10. Brand fiffy.

3. Baju siang - Beli juga dalam 4-5 helai. Campur-campur lengan panjang, lengan pendek dengan baju lubang-lubang.

4. Topi - Senang nak pakai kalau keluar hospital atau pergi klinik. Beli 2.

5. Napkin - Beli yang pack 10 helai. Kat hospital nak pakai, masa pantang pun banyak nak pakai untuk bedung baby atau alas tidur.

6. Tikar getah - Untuk salin diaper baby atau siapkan baby selepas mandi. Penting sebab newborn baby ni banyak pee dan poo (kencing dan berak).

7. Mittens - Sarung tangan dan kaki. Beli dalam 4-5 set jugak.

8. Stokin - Beli banyak sikit sebab baby kena sentiasa pakai stokin.

9. Selimut.

10. Tuala - 2 helai cukup dah.

11. Grooming set (sepit kuku, cotton buds, cotton tissue, cotton ball - ni untuk sapu ubat pusat)

12. Toiletteries (sabun mandi dan syampu - lagi bagus beli head to toe soap)

13. Baby lotion, baby oil, minyak telon dan bedak baby.

14. Besen mandi.

15. Bantal karipap, bantal peluk dan tilam. Pentingnya pakai bantal karipap ni sebab kepala baby tak mudah gerak dan baby selesa. 

Ni contoh bantal karipap.

16. Kelambu.

17. Wet tissue.

18. Spray bottle - Untuk spray semasa tukar diaper baby.

19. Barut baby.


Setakat ni, ni jelah yang penting, kalau ada lagi nanti aku update. So, good luck mommies and daddies..

Image ihsan google


0 comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)

Umur Saye

Daisypath Happy Birthday tickers

My Blog Life..

Daisypath Anniversary tickers